Tuesday, November 15, 2011

Eid Adha, Hari Tasyrik dan Nafar Awal

Balik khemah kat Mina masa tu dah dekat2 3 pagi..

Since dah tahallul awal, so beberapa larangan umrah dah habis

Dah boleh syampu rambut dengan sewenang2nya

Dah boleh mandi pakai sabun wangi2..

 

Kalau sebelum ni, nak pegang sabun pon takut

Hatta nak gosok gigi pon agak2

Sebab semasa dalam ihram, haram memakai sebarang wangian

Bayangkan kecantikan semula jadi yang terserlah..

Muka tanpa sebarang bedak

Badan tanpa sebarang perfume…

 

Terus ganti tidur setelah satu hari yang panjang

Esok raya Qurban..

Kira esok lagi ke tu..

 

Hari raya Qurban tu adalah sederhana

Tapi meriah dengan sesama jemaah

Tanpa hidangan rendang raya..

Masing2 nak berehat, sambil berzikir, mengaji..

Ape yang patut lah..

Memang hari tu hari berehat sedunia..

 

Masa ni baru laa sempat nak berkenal2 dengan jemaah lain..

Ade dari India, Filipina, western country pon ade..

Saudara baru..

Kagum aku dengan saudara2 baru yang boleh baca Quran dengan baiknya, siap dengan tajwid bagai..

 

Masa ni baru perasan dalam grup kitorang ni

Ade 2 3 pasangan suami isteri dari Malaysia

Since kite dengar perbualan diorang, cuba laa senyum

Tapi die boleh buat tak tau aje..

Maafkan je laaa…

 

Esoknya, 11 Zulhijjah baru kitorang bergerak ke Jamaraat lagi

untuk melontar di tiga2 jamrah dengan 21 biji batu

Masa ni, budak2 lelaki dah tolong kitorang kutipkan batu

Tapi faham je laa rupa batu yang diorang kutip

Leper, senget, tak memenuhi spec langsung

 

Since kitorang melontar sebelah petang, kuranglaa panasnya

Orang pon tak berapa ramai..

So banyak laa batu2 yang bersepah kat atas lantai

Sempat laa tukarkan batu2 yang tak memenuhi stendet tu

Alhamdulillah melontar hari kedua ni pon agak selesa..

 

Memang sakit mata tengok Jamarah masa ni..

Dengan kotor, sampah bersepah2..

Even dekat Mina pon, sampah ya Allah

Tak padan nabi kata kebersihan melambangkan keimanan

Bukan tahap bersepah, dah membukit..

Sisa makanan orang buang merata2..

Mau makan bulan nak bersihkan tempat ni..

Tapi apa boleh buat..tu lah Mina

Dalam setahun, 3 hari jer die penuh sesak dengan manusia

Hari biasa, lengang selengang lengangnya..

 

12 Zulhijjah..

Hari ni yang paling mencabar..

Keluar dari Mina ke Jamaarat untuk melontar hari ketiga

Again, aku tak habis2 ngan masalah batu tak cukup..

Batu tak memenuhi spec..

Tapi Allah maha kaya..

Selak bawah karpet, ade aje batu yang sesuai untuk melontar..

 

Kitorang punya turn untuk naik train adalah pukul 10 pagi..

Tengah panas buta, beratur..

Belum masuk dalam kawasan stesen lagi

Tetiba kumpulan Pakistani datang, pakai main rempuh aje pintu pagar stesen

Naik histeria jugak laa orang..

Asal die bukak gate berpusu2 orang terjah..

Masa tu dengan panasnya, sesak..

Sampai dah ade jemaah yang muntah2, pening..

At last, ketua kumpulan kitorang decide suh balik khemah balik

Bagi keadaan reda, then baru ke Jamaraat balik..

 

Rupanya, disebalik kejadian itu ada hikmahnya

Balik khemah, boleh laa berehat dulu simpan tenaga, tidur..

Tidur aje keje ko erk..

Sebab bila kitorang nak bergerak ke Jamaraat petangnya

Keadaan adalah agak kurang sibuk jika dibanding petang tadi

Takde berasak2 nak naik train, berempuh2..

Smooth aje..

 

Even masa melontar pon orang dah tak crowded sangat

Masa tu kebanyakan jemaah dah pegi ke Mekah untuk nafar awal

Tapi dalam pada orang tak ramai tu

Merasa jugak laa batu melanting kena kat spek..

Tanjat boboi masa tu tauuuu…

 

Alhamdulillah..

Selesai melontar ketiga2 jamrah pada hari ketiga

Balik lagi ke Mina untuk cepat2 ke Mekah

Sebab nak kejarkan nafar awal

Kena tinggalkan Mina sebelum maghrib

Kalau tak, kena stay lagi semalam dan melontar lagi keesokkan harinya untuk nafar thani

 

Nasib baik naik train..Jimat masa

Ingat lagi tak tiket yang aku tunjuk dulu tu..

Kat tiket tu siap ada bar code lagi untuk scan

Tapi peliknya, bila nak naik train pekerja die tak check pon

Die suh tunjuk jer..

Kitorang pon tunjuk laa gelang biru tu sambil menggoyang2kan tangan di udara ;p

 

Masa nak tinggalkan Mina tu pon saspen jugak..

Memang almost dah nak maghrib lah baru bergerak tapi nasib baik sempat..

Jalan usah cakap laa..

Padahal jarak Mina dengan Mekah tu takde laa jauh sangat

Tapi sebab jem, dekat 3 jam baru sampai

Dengar kata ade yang jalan kaki je dari Mina ke Mekah..

Bas pulak berhenti takat Kudayl jer

Pastu kena naik bas lain untuk masuk Mekah..

Letih jugak laa kaki nak menapak menyampaikan ke MasjidilHaram

Kagum pada mereka yang jalan kaki dari Mina tu..

 

Maka bermula laa part yang paling mencabar

Nak buat tawaf ifadhah terus buat saie..

Tapi berjaya jugak selesaikan rukun tersebut

Kitorang naik tawaf dekat tingkat 3.. Itu je yang boleh masuk

Satu pusingan mengambil masa lebih kurang 45 min

7 pusingan…? Cuba korang kira..

Manusia jangan cakap laa..berhimpit berasak asalkan boleh

Aku rasa aku seret kaki masa tawaf tu..

Tapi aku ngelat..

Masuk pusingan ketiga aku cilok turun dataran kat bawah..

Start tawaf pukul 8.30 malam, pukul 1 pagi baru habis saie..

Tapi oleh sebab tempat saie ada 3 atau 4 tingkat so kuranglaa crowdednya..

Takde laa berhimpit2 macam tawaf..

 

Tunggu orang lain habis tawaf, saie

Pukul 3 pagi gerak balik ke Jeddah..

Masa tu sedih sangat…

Rasa macam cepatnya masa berlalu..

Eh dah lima hari ye…

Hurmmmm….entri aku pon sama panjang…

pizap.com13213745640542

Dua gambar atas adalah duta Zain semasa di Jamaraat

Dan dua di bawah adalah dengan jemaah lain semasa di Mina

Tudung aku tetap nak mendiva kan..

Dengan persalinan diraja…

 

Memang aku tak amik banyak gambar

Sebab kebanyakan gambar adalah amik curi2

Diorang memang strict bab2 amik gambar ni

Askar die nampak je bila aku kuakan kamera,,

Cepat2 tunjuk jari…

Aku pelik camner orang boleh amik gambar cantik2..

 

Dengan ini, tamatlah pengembaraan menjadi tetamu Allah aku

Aku nak share pengalaman aku first time buat haji..

Mungkin setengah orang akan ingat aku main2

Tapi hanya Allah yang tahu keikhlasan masing2..

Dan bersyukur sangat2 sebab Allah permudahkan semua urusan aku semasa menunaikan fardu haji

Bukan apa, bila dengar cerita orang tentang dugaan haji

Seriau jugak laa kan..

Semoga mendapat haji mabrur…

 

Next time, kalau aku rajin aku nak share tips kalau nak pegi haji..

Insyaallah..

Mana tau tahun depan giliran korang plak..

5 comments:

  1. ala, dah abes dah? cite la lagi, seronok baca ur stories..

    ReplyDelete
  2. ammvoiii makk datin mendiva ghitewww.. ehehe

    ReplyDelete
  3. Info haji yg sgt berguna..rasa cam ada same..hehe..anyway pic hajah hajahtu cun lah..nampak wajah meka sincere sgt ...Jazakumullah khairan..

    ReplyDelete
  4. zara: setiap yang bermula pasti berakhir..ok i janji nak siapkan tips pegi haji tu ye..

    tn haji: i diva yang humblllleeeeee....

    hmins: cun ke sincere?mn satu neh...ehehhe

    ReplyDelete
  5. tahniah sya dh berjaya jejak kaki ke sana.
    agak2 bilala rezeki sy pulak..

    ReplyDelete