Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

12 sifat sahabat

Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu

Jika engkau perlukan pertlongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu

Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta) ia akan menanyakan kesusahanmu.

Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

 

Kopipes iluvislam

 

Perkongsian ilmu 6 Ramadhan

Boleh tahan mencabar pose time cuti ni

Nak tido manjang makruh

Layan citer korea je pon kang makruh

Bawak mengaji, baru setengah page dah menguap…

Jadi kite bace blog-blog menambah ilmu lah ye..

Wednesday, July 25, 2012

Hilang gelap timbul terang

Saje je tajuk propa…

 

Bila blogwalk, masing2 pakat tayang lauk berbuka, lauk sahur..

Aku..?

So far makan pon orang yang sediakan..

Aku kan princess..makan aje orang sendiakan..

 

Teringin nak makan macam2

Lepas tu gigit kuku

Kalau kat Malaysia bolehlaa carik kat pasar ramadhan

Kalau takde kat sini, mesti ade kat sana

Kalau hari ni jumpe tak sedap, esok mesti jumpa

Dan kalau dah jumpa yang sedap, esok boleh repeat lagi

Begitulah penangan bazar ramadan..

 

Semalam masak kuah lodeh

Dah lama teringin nak makan

Tak kisah laa raya lambat lagi

Tapi bila dah masak, ntah hape2 rupanya

Tak sanggup nak letak kat sini

 

Tapi Lo sangatlaa memberi semangat

Katanya dimaafkan sebab puasa

Tapi aku rasa orang lain pon masak jugak time puasa

Tapi rasanya tak sehazab aku masak

Kuah lodeh tu jadik macam sambal goreng..ko mampu?

Basah sikit laa tapi..

 

Viberkan gambar kuah lodeh kat mata ijau

Katanya lemak, berminyak dan mesti pedas

Dapat kau kutukan pedas juri masterchef pencen

 

Sebagai pembalasan

Sahur semalam kitorang pegi Bert;s kat Avenue bintang

Sahur masa tu pon dah dekat pukul 2 pagi

Suram aje Bert;s ni

Saje amik tempat tersorok dekat dengan TV

Tak tahan bau asap..

 

Sekali TV duk tunjuk animal planet cerita ular terbang pulak

Terus aku request tukar channel

Jadahnya aku nak makan ko pegi tunjuk cerita ular

Geli akak dik…

Channel sport pon takpe at least sambil makan boleh tengok abang ensem bersukan..

 

Nama aje 2 pagi tapi bizi macam KLCC waktu lunch

Orang Saudi punya time bulan puasa semua dah jadik tunggang terbalik

Kite pukul 9.30pm dah lepak2 kat umah pikir nak tido

Orang sini pukul 9.30 baru bangun

Jalanraya pukul 1 pagi dah lengang, kat sini kemain jem

Sana sini jem..

Lepas tu esok keje jangan heran kepala semua letak atas meja

 

Aku order Fettucine with mushroom sauce

Nak order tea ke latte ke kang ade yang mata celik sampai ke subuh kang

Tak pasal temankan abang askari jaga gate

Aku rasa puasa Ramadan ni letih bukan lapar

Tapi letih tak cukup tido..

Photo: Fettucine pasta with mushroom sauce for sahur..western laa sangat http://instagr.am/p/NeitQLgzHd/

Ehhhh tak lama lagi dah nak balik ye…

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan

Orang Saudi dah masuk hari ketiga puasa

Lambat sehari dari orang Malaysia

Komfom tahun ni aku pose 30 hari..Eh..!!

 

Terawih kat Mekah pon dekat pukul satu pagi baru sampai umah

Sana sini jem

Tu belum kira terawih sekali dengan pakej sauna

Smapai masjid je tak dan nak toleh kiri kanan, nak salam2 dengan orang

Elok dapat port, agak-agak dahi cecah tempat sujud

Terus start Isyak membawak ke 27 rakaat sekali witir

Seronok memang seronok

Tp terasa jugak rindu surau kat kampung

Bila bilal baca selawat antara dua rakaat

Kat sini salam lepas salam terus Allahuakbar

Lelagi kalau Imam Sudais lead prayer

Menjejes air mata keinsafan…uhhhh..

 

Bangun sahur 3:30 pagi

Gedebuk gedebak imsak solat subuh pastu tido balik

Sebabnya masuk keje pukul 10 pagi

Pastu yang masuk keje semua muka ayam berak kapur

Melepek aje..

Mata angkat separuh

Mana tak, malam berjaga

 

Letih woo puasa dekat 16 jam

Panas plak tu

Tadi balik keje eksen jalan kaki

Pdahal kalau puasa hari biasa balik pon jalan kaki kan..

Tapi ni summer serius ni..cecah 50 agaknya temperature

Menggelegak cerebellum aku..

Dalam umah plak, AC bukak luar dalam pon tetap berpeluh

 

Iftar hari ini adalah nasik ayam saiz burung

Yang dihidangkan oleh saya

Aku amek bab hidang jer

Masak kite serah tugas kat orang lain

Sori laa tak sempat amik gambar

Tukang hidang bizi..

 

Ramadhan kareem peeps…

Friday, August 12, 2011

Guna jari pon boleh

Zaman2 budak hostel dulu

Name it megi ape x penah rasa..

Maggi of kos..feveret sepanjang zaman aku

Bila dah bosan, tukar brand lain plak..

Mamee, pama, zowzow (ade tak brand ni)

Ade lagi yang kaver warna putih,

Brand ape x ingat..

Tapi flavor vegetarian dan tom yam kung die memang super letup

Lelagi bila dimakan secara berjemaah

 

Bila sengkek..

Paw jer megi kengkawan..

Kalau tak pon,

Masak secara kenduri dalam baldi menggunakan heater

(Heater adalah haram digunakan dalam hostel ye..)

Ntah haper2 perisa dalam tu

Ye laa masa tu jahil lagi pasal microbiology

Tapi elok jer xde plak cirit birit

Walaopon baldi tu berbakti untuk

Rendam uniform, panty dan stokin selama berhari2..

 

Nah

IMG_0267

Cakap banyak pon x gne..

 

Aku makan megi memang pakai chopstick ye

Kalau dlu…

Guna jari pon boleh….