Thursday, July 26, 2012

12 sifat sahabat

Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu

Jika engkau perlukan pertlongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu

Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta) ia akan menanyakan kesusahanmu.

Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

 

Kopipes iluvislam

 

Perkongsian ilmu 6 Ramadhan

Boleh tahan mencabar pose time cuti ni

Nak tido manjang makruh

Layan citer korea je pon kang makruh

Bawak mengaji, baru setengah page dah menguap…

Jadi kite bace blog-blog menambah ilmu lah ye..

2 comments:

  1. hmm..sweeet...susahkn nk jmpe sohabat camtu :)..dulu2 g opis je ngadap ko potpet2 kasik laporan..rase release wehhh

    ReplyDelete
  2. kekwatttttttttttt...balik kampung beraya lupa blog..kabo kabo ler wey ..
    selamat hari raya Nashays,,

    ReplyDelete