Monday, November 21, 2011

Jumpa si dia di Haram

Siapa kah si dia itu..

Sang terjodoh ke..?

Wahhh ko bajet macam Hanis Zalikha yang comel ye..

Ingat orang kesah nak tau saper boipren ko..

 

Satu kelebihan bila dah duduk sini

Takde laa terasa homesick nye sangat..

Sebab, walaupon jauh, mak ayah, sanak sedara,

Kawan-kawan..

Masih senang nak jumpa kalau ade rezeki/ jodoh/ berkesempatan..

Dah macam duta Malaysia laa kat sini..

Pantang dapat tau sedara atau kawan nak datang..

Sibuk kirim barang makan nak jumpe…

 

Bila nampak orang pakai telekung putih

Kat belakang ade tulis Malizia..

Seronok rasa..jumpe orang kampung..

Tetiba bleh cakap, dengar bahasa sendiri…

 

Since jemaah haji Malaysia masih ramai lagi yang belum balik

Baru ni janji laa dengan si dia nak jumpe..

Si dia tu Kak Men..

Bahan bukti wajib amik..

 

Kak Men kata dah bosan makan makanan Malaysia..

So kite layan nasik arab kat syurga..

Restoren Paradise, kat belakang restoren Felda

Aku rasa satu hari aku nak belogkan jugak laa restoren Felda ni

 

Berkesempatan jugak melawat ke Janadariya

Salah satu penginapan jemaah Malaysia

Sekali nak masukkan duit sebab ade kaunter Tabung Haji kat sana

Pegi dengan cab sekali bila nak patah balik ke masjid

Tanya arah jalan kat satu mamat Arab

Die kata dekat ajer…

Sekali ko menapak..ade laa dalam 15 min

 

Dengan kederat muda aku nie..

Alahai…termengah2 nak sampai

Terus terbayang kesiannya orang2 tua yang duduk jauh ni

Bukan setakat jauh, habuk lagi..

Nasib baik sekarang tengah musim sejuk..

Bayangkan kalau tengah peak summer macam Ramadhan hari tu

Boleh rasa peluh meleleh kat belakang..

2 comments:

  1. aku lapooo, nak gambo nasik arab, hehehe

    ReplyDelete
  2. DLL: Sebab tu aku xmo letak..boleh jadik penyebab obesiti kepada kawan2

    ReplyDelete