Monday, November 14, 2011

Muzalifah ke Jamaraat

Mula laa entri berkajang2 aku ni

Pastu bila dah takde modal, senyap…

 

Habis waktu wukuf..

Terpaksa tunggu train kitorang pukul 10 malam

Lambat kan..

Kononnya nak bergerak lepas maghrib hanya angan2 belaka..

Terus ke Muzalifah untuk mabit di sana

Masa ni adventurous..

Duduk lepak tepi stesen LRT Muzalifah jer

Tapi seronok…

DSC00768

Masa ni laa rasa bersyukur sangat dapat khemah selesa

Makan cukup

Banding dengan ade sesetengah jemaah yang tido dengan sleeping bag aje di tepi2 jalan..

Dalam khemah pasang siap, hatta bawah lori pon boleh

DSC00771

Tengok brader tu rilek jer duk atas bas..

Kalau dah rezeki nak jadi tetamu Allah..

Macamana pon tetap akan sampai..

Ade lagi orang tua dah bongkok

Jalan kaki steady jer, laju plak tu..

IMG_0620

Gambar ni pepandai laa korang telek..

Inilah akibat mengambil gambar curi

Tapi memang masa tu, manusia seluas lautan

 

Malam di Muzalifah adalah sangat sejuk

Nama aje mabit/ bermalam

Tapi tak tido pon..sambil kutip batu untuk buat melontar

Lepas pukul 12 tengah malam baru bergerak ke Jamaraat

Naik train lagi..

 

Masa sampai kat Jamaraat dah dekat2 pukul 2 pagi

Letih tu letih tapi excited..

Sebab naik train, kitorang dapat privilege melontar kat tingkat 4 atas sekali

Tapi nak jalan kaki dari stesen ke Jamaraat tu agak jauh jugak

So pesanan aku..

Kalau ada rezeki lebih, baiklaa pasang niat nak pegi haji sementara masih muda, kudrat masih kuat

Bayangkan dengan rehat tak cukup, jalan jauh, bersesak2..

Kesian kadang kat orang2 tua…

Istilah bertaubat bila dah tua tu tak relevan dah

Kalau dah tak larat, x sihat, nak beribadah pon tak khusyuk..

~serius…

 

Masa nak melontar tu aku cuak jugak..

Ye laa masa kat Muzalifah tu macam tak kalut nak carik batu

Sebab tak sure lepas tu nak balik Mina atau nak melontar terus

Aku pon xde laa kutip batu tujuh biji..

Bajet ko comel, orang lelaki nak tolong ko kutip laa kan

Tapi kirim salam tak mendapat..

 

Last2 mutawwif kata kutip karang kat Jamaraat..

Sampai Jamaraat, memang tunduk je jalan tengok batu..

Masa ni laa rasa batu yang selalu kite sepak2 kalau berjalan tu rasa berharga sangat

Pantang nampak ala2 batu, terus tunduk..

Sampaikan bijik kurma pon disangka batu..

Batu plak, aku duk imagine lagi besar lagi bagus..

Biar terdera sket setan yang selama ni suka menggoda aku..

Rupanya besar2 kacang pea jer..

 

Sampai ke saat akhir lah aku kutip batu..

Nasib baik nak tujuh bijik jer..

Dapat laa jugak..

Ingatkan masa ni orang ramai dan sesak

Risau pon ade jugak..

Ye laa dengan ketinggian ngam2 5 kaki aku ni

Lepas ke nak melontar…

Tapi nasib baik masa tu kat tingkat 4 tak ramai orang..

Selesa sangat nak melontar..

Dapat pegi depan sekali..Alhamdulillah..

 

Malam tu kitorang melontar jamrah Aqabah, paling besar

Buat tahallul awal..

Kat situ jugak aku gunting rambut..

Alhamdulillah selesai larangan ihram

Tapi masa ni tak ble kahwin lagi..

Walaupon jodoh dah tunggu kat Mina masa tu..

Ehhhh apekah…!!

DSC00781

Sila fokus kepada dinding Jamrah ye..

Bukan pakcik berperut buncit itu..

 

Dari Jamaraat, naik train balik ke khemah..

Balik ke khemah, elok jer satu ummi tu offer nak gunting rambut aku..

Die raub semua rambut aku dan zapppp..

Tanpa belas kasihan..

Habis rambut2 bercabang aku kena pangkas…

Selamat hari raya Aidiladha….

Tetibe mood raya datang…

 

Pssst…

Kalau nak skodeng gambar real..

Pegi kat sini..

Real punya gambar..

Takat kamera cabuk aku, kalah tanpa bertanding

5 comments:

  1. bestnyaaa.... sgt bertuah...alhamdulillah syukur boleh jejak ke sana... moga ada rezeki hanis plak ke sana... aminn...

    ReplyDelete
  2. bertuah dpt jadi tetamuNYA kan. ish bila nak sampai masa kita ni. huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. seronok baca pengalaman awk. memang tgh pasang hajat nak pergi jugak, insyaAllah~~~

    ReplyDelete
  4. Hanis: insyaallah..orang kata, tiap kali kita simpan duit, niatkan untuk pegi haji..

    Lya: aku doakan ko cepat2 dijemput Allah untuk jadi tetamuNya

    ReplyDelete
  5. Zara; memang elok pegi masa muda..badan tengah kuat, nak bjalan jauh, tidur x cukup..orang ramai..penyakit pon senang nak dpt

    ReplyDelete