Thursday, January 5, 2012

Raudhah dan sejadah

Madinah masa winter sangat best
Angin sejuk manjang
Masa ni laa boleh pektis pakai winter coat
Tapi belah pagi je laaa
Kalau dah pukul 12 rasa macam poyo laa plak nak berwinter coat bagai
P kalau malam nak pakai glove aje
Pijak lantai marmar pon rasa macam pijak lantai basah sejuknya

Sekarang ni Arab Saudi tak bukak lagi visa umrah ziarah untuk outsiders
So sekarang ni manusia adalah tidak terlalu padat di kedua-dua masjid
Yang ada semuanya Saudi

Bila tak terlalu padat
Masa ni laa nak amik kesempatan masuk Raudhah kat Nabawi
Kalau kat Mekah, nak solat dalam hijir Ismail ke
Cium hajarul aswad ke memang tak bertolak-tolak
Tenang nak beribadah..
Yang ade bunyi diorang bertekak
Biasalaaa aku yang dah setahun duk sini kadang confuse
Die gaduh ke sembang

Kalau nak ke Raudah
Untuk kaum wanita memang ada masa-masa tertentu
Selalu kalau belah pagi dia bukak pukul 7.30 pagi
Tengahari aku tak sure, kadang pas Zuhur die bukak kejap
Malam bukak pas Isyak sampai tengah malam

Aku sempat g bekfes2 lg sebelum masuk Raudhah
Kata tak ramai orang kan..

Dari tempat solat wanita nak masuk Raudhah memang smooth gila
Boleh catwalk kalau nak
Takde nak berhenti-henti bagai
Nak asing-asing ikut negeri

Sampai kat tempat Raudhah
Orang memang ramai
Tapi pelan-pelan tunggu turn nak pegi depan
Lagi satu saf nak sampai depan
Tetiba ada satu mutawi panggil aku solat kat depan
Die cop kan satu tempat kat saf paling depan untuk aku solat
Kebetulan masa tu ada satu mama Saudi nak solat kat situ
Dia siap suruh Saudi tu tunggu lepas aku solat
Terharunya laa sangat dengan pertolongan yang tak disangka-sangka

Bukan apa, berdasarkan pengalaman aku lepas-lepas kat masjid nabi
Mutawi ni mmg pantang tengok kita yang pakai telekung putih ni
Diorang memang strict gila lelagi kat Raudhah
Ko dah solat dalam kawasan Raudhah elok salam jer memang cecepat die suh keluar
Kadang tengah doa pon die halau suh keluar cecepat
So tips nya berdoa laa masa sujud
Tak pon buat2 berdiri tengah solat
Padahal duk aim nak masuk saf depan

So tadi kawasan tepi rumah nabi pon buka
Selalu memang tak dapat nak tinjau dari dekat kawasan dalam rumah nabi
Dalam kawasan rumah tu ade tiga makam
Nabi kat tengah
Kiri dan kanan adalah makam Saidina Abu Bakar r.a dan Saidina Uthman
Syahdu nya rasa masa sampaikan salam tu
Pas tu boleh plak duduk rilek lagi dalam tu
Perati betul2 kawasan salah satu dari taman syurga

Solat zuhur tadi pula
Aku duk sebelah satu mama Saudi
P takde plak die offer aku jadik bibik die tadi
Siap bawak Damier Neverfull LV lagi pegi semayang
Sempat lagi telek tu kan..dasar
Hari tu tengok kat kedai harganya SR4k+

Ok mama ni dah siap bentang sejadah die kongsi dengan aku
Sejadah silk cantik gile
Sempat laa aku pegang2 lagi tu
Aku pegang jer terkagum
Takde laa aku kecek nak sejadah die

Sekali elok je azan tetiba datang nenek berbadan sasa mencelah kat tengah
Sudahnya tuan punya sejadah sujud atas karpet sepanjang solat

Aku ni haiiii sabar ajelah
Muhasabah diri..
Ujian ape laa Allah nak bagi ni
Tapi bila fikir balik
Aku patutnya bersyukur sebab Allah dah mudahkan urusan aku bersolat di Raudhah
Ni sekali die uji aku, aku dah mengeluh
Tapi takpe laaa..
Tahanlaa jugak dengan bau hangit nenek berbadan sasa yang batuk sepanjang solat

Lepas solat, aku tolong lipatkan sejadah tu
Nak pulang balik laa kan
Sekali mama tu hadiahkan sejadah tu kat aku
Malu-malu aiii tau..
Tu laa kan rezeki Allah nak bagi

Bila die dah beredar
Nenek berbadan sasa kata
Die berkenan kat sejadah tu
Aku pon dalam pada berat hati tapi ikhlas
Bagi kat dia
Kemain hepi lagi dia

Semoga pahala mama Saudi berbeg LV dipanjangkan
Bak kata Lisa Surihani
Redha itu pasrah
Pasrah itu menyerah
Eh takde kaitan eh...

Malam di masjid nabawi
Payung kuncup daaa


2 comments:

  1. ai pon cakap macam itu:
    redha itu pasrah... ;)

    bestnya anda di sana. boleh tolong doakan saye??

    ReplyDelete
  2. Bestnyer...Syukur tuah badan...tips semasa di Raudhah amat berguna sangat...thanz. sebonarnyer makam Rasulullah SAW di sebebelah kanan,di tengah makan Abu Bakr RA dan di tepi Abu Bakr itu adalah Umar Al Khatab RA. Makam Uthman di kubur Baqe. hehehe

    ReplyDelete