Friday, February 10, 2012

Alahai anak omak…

Aku tak penah terfikir caner agaknya kalau ditakdirkan aku tak berezeki untuk jadi isteri solehah, ibu mithali di dunia ni. Hari-hari, aku positif je bahawa janji Allah yang rezeki, jodoh, ajal maut telah ditentukan sejak kita dari dalam perut lagi. Tapi sampai sekarang, bayang sang suami (dengan kriteria tertentu) belom nampak lagi..

Ada seorang kawan kata sekarang ni at her age of late 30s, die bercadang nak ambik anak angkat. Sebenarnya tengah dalam usaha untuk mendapatkan pon. Katanya ada aje, orang akan bagi die. Eh macam tunggu durian gugur pon ade bunyi nya kan..

Ok..Tak kawin lagi tapi ada anak..? Aku rasa bukan sesuatu yang baru tapi rasanya bukan semua individu boleh terima situasi ni. Tengok aje Umie Aida, Misha Omar, Rebecca Nur, Rizalman (wah bajet compare diri sendiri dengan retis aje..).

Lelagi kalau ko jumpe orang kampung yang jarang2 nampak ko, ada kemungkinan Cik Limah, Cik Joyah (bukan nama sebenar) menjuihkan bibir kata mesti anak die betul tu. Dah buat perangai kat bandar laa tu, mengandung pastu laki tu takmo bertanggungjawab..Pastu auta kata anak angkat.. Kite bukan selalu nampak die kat kampung. Die kan keje kat bandar sana.. Matik laa

Balik pada kawan aku ni, die macam dah pasrah sebab die tak rasa akan jumpe seseorang yang layak nak dibuat laki. Kalau ada pun kemungkinan untuk pregnant adalah rendah.. Dari segi kesihatan pulak, having pregnancy at late 30s berisiko untuk dapat anak tak sihat. Masa die bagitau aku, aku cuma kata bagus laa semoga niatnya dipermudahkan.

Lepas tu baru aku pandang diri aku sendiri.. Pastu terfikir, perlu ke aku amik anak angkat jugak…? Ok ni pendapat individu aku.. Kalau korang rasa tak bersetuju, jangan laa keji aku berlebih-lebihan.. Telinga aku nipis jer..Tak tahan dengan kejian..

Ok, first kena tengok ape tujuan kita nak amik anak angkat. Ada orang kata amik anak angkat supaya besok bila tua ada orang jaga kita bila tua. Persoalannya, betul ke anak tu akan jaga kita. Alangkan anak betul pon ramai aje yang abandone mak bapak diorang secara langsung dan tak langsung. Kalau dah kawin lupa mak bapak or anak laki ikut sangat cakap bini.. Terus aku teringat iklan raya petronas yang anak die bagi bapak die makan kat pinggan plastik kat luar pastu nak hantar kat rumah anak orang tua.

Second, mungkin laa kata nak tolong anak-anak tu daripada kena tinggal kat tepi tong sampah or kat tepi masjid baik laa die amik and bela. Kalau orang miskin yang anak dah banyak, die willing nak bagi supaya anak tu cukup makan pakainya, sekolahnya. Tapi dengan syarat, bila dah besar besok, dah comel jangan mintak balik pulak..

Then dari segi jantina pulak. Kalau nak bela anak lelaki kena pastikan budak tu takde masalah aurat dengan kita. Kang bila anak dah bujang, mak kena pakai tudung 24 jam kat rumah pulak.. Nak belai2 anak nanti jadik dosa laa pulak..

Aku teringat pada one of my Aussie friend, dia kata since die takkan ada peluang untuk jumpe lelaki baik untuk dibuat laki jadi die akan kawin dengan duit. Beli rumah sendiri, simpan harta then bila tua dia akan daftar diri kat rumah orang-orang tua. At least die tau ada orang akan jaga die, dan die takkan melarat. Tapi ye laa kat sana rumah orang tua die macam sorga. Lagi baik tinggal kat rumah orang tetua die dari duk dengan anak2 sendiri. Kalau bayangkan rumah orang tua kat Malaysia..skeri..lelagi bila raya, pasang pulak lagu -tidak ku pinta lahir keduniaaaa…tidak ku pinta cacat beginiiiii… Terus rasa nak tekup muka sambil fikirkan masa depan..

Bagi aku nak jaga baby bukan senang.. Tanya aje laa mummy out there bila laki outstation, tunggang tebalik nak uruskan semua. Lelagi bila budak tu deman. Kalau mood tengah baik memang laa die comel. Aku ni lagi laa, nak uruskan diri sendiri pon kadang ke laut.. Suka2 aku keluar, aku keluar.. Nak bangun pukul berapa pon sukahati.. Nak masak ape, makan ape tak penah pikir..

Bukan laa aku kata aku tak nak anak, tapi aku rasa lebih indah kalau benda tu di-introducekan dalam hidup aku perlahan-lahan. Kahwin, mengandung, dari besar biji sawi sampai laa saiz tembikai, quickening and contractions, breastfeeding and you have someone by your side to share those experiences with you. Lagipun aku rasa macam tak adil laa pulak bela dia semata-mata nak harapkan die akan jaga kita satu hari nanti sedangkan die tak dapat kasih sayang yang cukup macam budak2 yang ada mak dan bapak.

Bila raya pulak, budak2 lain amik gambar family paling kurang bertiga, ko plak amik gamba berdua aje.. Nak pakai baju sedondon? Erkkkk…

Kalau sebelum ni orang suh tengok kan baby kejap2 ajer, mandikan, suap makan, buat susu, pujuk kalau nangis, jaga baik2 jangan bagi luka cedera atau upah dengan aiskrim atau cekelat. Ada duit lebih sikit belikan baju or toy. Sehari-dua hari punya komitmen. Sampai masa, kita pulang balik pada mak bapaknya. Ataupon tak sabar tunggu mana laa mak bapak ko tak balik2 ni. Bila dah jauh di mata rasa rindu. Bagi aku itu normal. Bila menangis tak reti diam, pulangkan aje pada maknya.. Nah amik anak ko ni.. 

Aku rasa aku kena pindah ofis dari wad kanak-kanak laa.. Telinga aku dah imun dengan budak menangis agaknya..

Tapi bila kita dah terima amanah untuk bela budak tu maknanya kita lah mak kita lah bapa. Kita laa yang kena bangun sorang-sorang tengah malam buat susu, pegi hospital sorang-sorang or dengan family kita pegi klinik untuk vaccination. Beli baju, pampers, masak makanan berkhasiat (bukan megi, mcDdelivery, pizza hut or bege ramly) untuk di makan. Dan bila baby dah besar, baby tanya mana bapa nya agak2 nak jawab ape ye..

Tapi aku percaya, once dah decide nak jadik single parent, kena laa komited dan berusaha bagi yang terbaik supaya die besar jadi insan yang berguna. Insyaallah kalau niat kita baik, Allah akan permudahkan.

Tepuk dada tanya iman. Samada kita mampu atau tak nak lakukan sorang. But I believe once u tengok baby rasa kasih sayang dan tanggungjawab akan datang. Kuat untuk melakukan seorang diri. Aku? Aku kan manja, semuanya nak berteman…

Mungkin bila sampai masanya, aku pon kena fikirkan perkara ni dengan serius. Mebi amik baby yang dah besar atau suruh adik aku beranak, tunggu besar sket baru aku amik duduk dengan aku.. Boleh gitu..

Ataupon, susah sangat aku bayar je laa sesape untuk jadik laki… Boleh dapat baby.. Kalau amik baby, belum tentu dapat laki… Amacam…. ~pitam

4 comments:

  1. terbaik la Nashays. Mak Piah sangat menghargai entry ini.
    X MP

    ReplyDelete
  2. ehh.nape aku lak sedey ko citer cenggini..
    tibe2 aku setuju yg part ko byr jelah mane2 laki tu,hahahaha..
    chill weh,,.chill..aku rase ko terbwk2 sbb dok kat wad paed nih..Allah dah tulis dah =)

    ReplyDelete
  3. MP: Penat aku taip tau..

    Zety: Baru aku tau ni citer sedeh...aku plak ygnak meraung bace..

    ReplyDelete
  4. Rasanyer x bes lah adopt baby prakahwin..byk songeh dan masalahyer...Moh teman doa moge berjumpe dgn idaman hati...

    ReplyDelete