Showing posts with label Bila hati berkata. Show all posts
Showing posts with label Bila hati berkata. Show all posts

Monday, October 15, 2012

Pen-psiko


Penah tak jumpe orang yang  memula bila kita bagitau tentang sesuatu perkara
Dia buat2 tak suka or even tarik muka
Seolah2 benda tu disgusting sangat
Tapi dalam diam dua tiru or buat perkara yang kononnya dia tak suka...
Ermmmm macam komplikated pulak bunyi nye..

Camni...
Katalaa ko kata kat die ko suka tgk citer korea
Sambil berbekalkan tisu sekotak kat tepi
Or sapu tangan bila stok tisu dah habis
Pastu orang tu kata ohhh aku tak minat citer korea, buang masa
Siap dengan ekspressi muka yang menjengkelkan
Ok find i respek your choice
Tapi dalam diam2 ko pulak yang hover nonton citer korea
Semua citer ko nak tengok
And siap dia ade koleksi cerita sendiri lagi...
Pantang lepa dok tengok citer korea
Maklomlaaa puaka citer korea kan lain macam
Once dah start tak leh berenti
Pulak boleh tanya aku citer ni best ke tak

Or bila kita kata korean movie pon best
Lagipon short duration, dua jam dah selesai cerita
Terus kata ohhhh tak minat korean movie
Pastu tetiba kata tengah tengok movie korea yang ni..
Best tak....

Nak lagi...?
Bila orang sibuk nak g swimming konon tak kesah
Tapi baru pegi swimming dua kali dah perasan kurus
Boleh pulak lepas tu ajak aku berswimming sama
Or baru tak makan dua hari dah suruh orang tengokkan bacaan penimbang berapa
I is hot okeh....

Pantang tengok aku tak nak makan or tak selera makan aje
Die dah psiko lelebih
Terus merempan nak beli ubat kurus segala
Telan macam2 jamu nak bagi kurus dalam tempoh semalaman..

Kesian sungguh hidup kau yer..
Ko nak jadik macam aku sangat
Pastu ko lagi nak tunjuk lebih daripada aku..

Orang beli coach ko pon nak jugak
Orang beli LV ko pon teringin nak
Padahal memula kata tak nak membazir beli beg mahal
Tapi bila dengar orang nak ke Paris
Ko pulak jadik orang pertama nak kirim LV

Cer tarbiahkan sikit aku ni
Caner nak berdepan dengan orang kiasu melampau..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, August 14, 2011

Selalu tertinggal

Aku kan memang selalu tertinggal..
Contoh:
Orang dah lama terbahak2 pecah perut tengok Hantu Kak Limah
Lama lepas tu baru aku tau ade Mamat Khalid buat citer baru
Orang dah lama cer citer..cer citer..
Aku baru faham apsal semua orang macam kena sawan bab cer citer tue


Orang dah lama kebah Nora Elena
Aku baru nak tengok Seth Tan..


Nak kata aku tak mengikuti perkembangan semasa
Tak jugak sebab internet 24 jam depan mata..
Biasalaaa..alasan orang bizi gitu..


Masa orang bercerita, fikiran aku melayang
Angguk2 tak semestinya faham..
Belum ade napesu nak berminat mengikuti perbincangan
Masa tengah panas2 orang pung pang pung panggg
Aku buat derk jerk
Takde rasa keperluan
Buat ape nak sibuk2..
Eh..exaggerate plak..


Skang baru laaa ku ade masa nak bercerita pasal
Kes keeper Malaysia putus tunang
Aku tau lah die dah putus tunang..!
Tapi takde maknanya aku nak ngorat her ex-incik Apex tuh
Sebab aku tak howt macam Dalia Teck..
See..aku tau tak sape Dalia Teck..


Sebenarnya aku nak cerita keperitan putus cinta..
Wahhh bajet pakar motivasi sekali sekala..


Sesekali sesat ke jejariruncing tu
Baca alkesah cintan cintun orang bercinta..
Ye laa masa bercinta semua indah dik
Semua wangi...


Masa bercinta semua indah
Bila dah clash haaa...


Bagi aku putus cinta tu takdelaa teruk sangat
Lepas cakap kite break
(orang break cakap macam tu erk..
Aku lupa camne cucu Tok Batin kata nak break hari tu..)
Balik umah ..
Tipu laa kata tak nangis kan..
Sawan laa kejap..
Semua serba tak kena
But..
Alhamdulillah pada masa yang sama
Aku sibuk uruskan nak pindah tempat keje baru..
Settle down kat tempat baru
Ngorat2 pakwe mata biru..
Aku terus lupa sakit putus cinta..


Agaknya kalau aku tak tukar tempat keje
Kete aku komfom berkarat hari2 kena airmata..


Tapi part paling susah bagi aku adalah
Nak biasakan diri hidup tanpa si dia


Kalau dulu nak makan mesti ingat dia
Remind untuk makan
Macam laa kalau kau tak ingatkan orang tu leh mati kebulur
Remind solat..
Sharing good news, when you feel happy, down together..
Nak pegi mana kena tanya direction
Sebenarnya ko nak suruh dia drive kan..
Tayar pancit tengah jalan..
Owhhh kena call baby dlu...
Tolongggg...
Bila ada keluar cerita baru..
Cecepat call dia nak tengok movie sesama..


Well women needs men to become their PA
Fix their broken lamp
Blocked pipe
Angkat kotak2 bila pindah umah..
Service their car
Kalau tak nanti mekanik tipu..
Bayar bil2 sebab susah nak parking kat bank tengah2 hari buta
Aku stress ok bila fikir benda2 errands nie..
Tapi aku takdelaa meletakkan semua tanggungjawab tu pada dia sorang
Fungsi aku adalah sebagai pemberi scrotal moral support
Come on baby you can do it..
Thanks baby..who am I without yuuuuu..


Sekarang..
Ko dah single..
Tak guna nak cakap alangkah sekarang nie..
Nak tak nak memang kena buat sendiri


Aku tak menyesal kehilangan cinta lama 
Kerana aku yakin
Cinta baru pasti akan datang
So..bertabahlah...


Sometimes you have to stand alone to prove that you can still stand


Ke memang fungsi lelaki tu jadik PA wanita..
Aku musykil di situ..

Tuesday, June 7, 2011

Pada pendapatan aku..

Tetiba aku rasa cam nak bagi idea aku
Berikutan isu yang ditulis oleh bakal doktor bergigi besi nie..


Bila aku tanya diri sendiri kenapa aku berblog..?
Then secara klise nya aku akan jawab
Aku nak menulis sesuatu yang aku rasa
Sangat elok untuk aku kenang balik
Mungkin 5 atau 10 tahun akan datang..
Tak payah tunggu 5-10 tahun
Entri lepas2 pon aku akan baca
Wonder ini keje aku rupanya..


Walaupon kadang aku rasa hidup aku flat..
Balik2 citer pasal keje..
Tempat makan..
Jalan-jalan..
Kesedaran tentang pentingnya mengekalkan kesihatan..
Pastu emosi sentap aku pada orang..
Mengenang nasib diri di rantau negeri 9 orang..


Tu jawapan versi ayat sopan
Kalau tak sopan aku akan kata
Suka hati aku laa..
Aku pakai lappy nko ke ble aku updet belog..
Aku pakai duit nko ke nak bayar broadband..
Ok jangan emo lelebih..
Pagi masih muda..


Pastu bila dah ada blog
Terasa cam ade komitmen pada sesuatu
Setiap hari aku rasa nak buat satu entri
Kalau meroyan dua entri
Kalau dabel meroyan, tiga entri satu hari..
Kalau severe meroyan, aku tak updet langsung..


Pada aku, setiap orang bebas menulis apa yang mereka rasa
Berhak untuk tulis apa yang mereka suka..
Bila ada kekangan atau rasa terpaksa berhati2 untuk menulis
Akhirnya, aku rasa aku tak jadi diri aku sendiri..
Menulis bukan untuk diri sendiri tapi untuk menjaga hati orang lain..
Tak puas okeh..
Macam ade gap antara aku di alam maya dan di dunia sebenar..


Lantak laa die nak kata dia takde dara ke..
Die makan nasik namblas kali sehari ke..
Bak kata Ahmad Nisfu, itu bukan gagah itu gelojoh..Bodoh!!
Die meleser2 menari ngan jantan bukan muhrim ke..
Pandai laa die nak menjawab timbangan dosa pahala kat padang mahsyar sok


So kita pakai rule yang paling basic..
Kalau suka baca, tak suka jangan baca
Yang baik jadikan tauladan
Yang buruk jadikan sempadan..
Kalau tak boleh cegah kemungkaran dengan tangan
Cegah dengan lidah..
Kalau dengan lidah pon tak jalan cegah dengan hati
Semoga kita dan seluruh persatuan penyamun keturunan kita
Tak jadik macam tu..


Tak senang untuk puaskan hati semua orang
Bak tagline citer social networking
You don't get to 500 million friends without making few enemies


Tak dinafikan...
Sambil menulis blog, aku gak akan pegi blog orang lain
Report submit lambat belakang kira..
Yang penting pagi2 bukak pc, kena jengah blog dulu..
Akibatnya, ramailaa kengkawan baru yang aku dapat..
Mesraaaaa (kena cakap macam Bob AF2) di alam maya
AF skang dah 9 erk..
Padahal tak penah jumpe pon..


So as a reminder (eh terspek landen plak)
Bila ko tekan publish button
Kena bersedia hadapi respon dari readers..
Sesiapa pon bleh baca blog ko
Unless ko privatekan blog tu


Contoh, ble aku cerita aku beli barang baru
Mungkin ada orang akan suka (definisi suka juga berbeza tahapnya)
Tapi mungkin juga ada orang akan kata..
Eiii berlagaknya..


Padahal dalam dunia sebenar
Tiap kali aku beli barang baru
Memang aku tak sabar nak tunjuk pada kengkawan aku
Saja nak menjakikan derang supaya derang pon rasa nak beli jugak


Macam aku jugak laaa..
Kadang2 aku jadik silent reader 
Kadang aku nak tulis komen, kadang komen dalam hati..


Dalam pada nak komen tu pon aku cuba berhati2 kuakan stetmen
Supaya tak menyakitkan hati empunya entri..
Pada orang yang biasa berbual dengan kita
Mungkin die faham tapi 
Untuk orang yang kita kenal hanya melalui penulisan..
Hurmmmm...


Setakat ni alhamdulillah laa
Belum ramai lagi (kurang dari 10) haters yang komen blog aku
Maksudnya aku memang suci semasa menulis ke tu..
Alah..feeling blogger tersohor pulak..
Ko ingat ko dibah..


Aku pon kena selalu ingatkan diri..
Aku berblog bukan untuk mencarik musuh..
Life is short, do watever u feel like want to do..


Publish.............