Showing posts with label london. Show all posts
Showing posts with label london. Show all posts

Thursday, March 8, 2012

London 3

Haihhh lembab sungguh nak siapkan laporan percutian

Tapi ku gagahkan jua..

Pastu bila upload gambar kat fb, mula laa ade yang mencebik2 kata aku suka menunjuk

Hishhh memang tak faham sungguh karenah manusia ni

Kalau tak suka, tak payah laa tengok

Macam laa aku mintak duit macam nak tengok pameran kat museum suh ko tengok aksi2 gedik aku

Aku upload gambar, tulis kat blog sebab adik beradik, sedara mara, kengkawan aku nak tengok

Lagi pulak kut2 laa ade (ade ke..?) yang nak pegi bercuti konsep redah macam aku

Boleh laa korang amik pengalaman aku ni buat panduan nak plan itinerary

Macam aku buat jugak laa, banyak refer pengalaman bloggers pegi bercuti..

Patutlaa macam bizi aje baca article kat depan pc ye..padahallll…

Cara paling mudah, mana nak makan..

Lagi pulak bila dah lama2, boleh flashback balik pengalaman tu

Macam cerekarama, mesti ada adegan flashback

 

Ok sambung lapi pengembaraan upin dan ipin di London hari ketiga

Hari2 tetap ade sesi jumpa jejak kasih..

Hari ketiga kitorang plan nak melawat Madame Tussaud

Nasib baik beli combo ticket kat London Eye semalam

 

Sebelum tu, awal2 pagi lagi kitorang dah kena checked out dari easyhotel

Nak carik bilik yang ade ventilasi (read: selesa sikit) dan dekat sikit dengan tube station so awal pagi esoknya senanglaa nak heret beg gabak turun naik train

Potong tau, pakai kemain stylistah sekali bawak beg besar dan plastik Harrods..

DSC00964

Dah laa kalau tengok Londoners ni takde yang jalan lenggang kangkung

Semuanya pesen jalan laju macam kena kejar

Cuba ko try jalan belakang mama harabs, confirm keluar lepas breakfast, lepas lunch baru sampai ofis..

 

Lagi satu, mamat Londoners sangat laa baik hati

Tak sampai ati tengok wanita yang lemah ni angkat beg terkial2 turun tangga, keluar masuk train

Mesti ade aje yang murah hati nak tolong angkatkan beg..

Wahhhh gitu…

 

Dah hantar beg, tak check in lagi sebab bilik tak ready so kitorang decide nak tinggal aje beg kat hotel

Lupa nak bagitau, hotel hari ketiga kat London adalah Prime Court hotel

Bilik besar sikit dari easyhotel dan ade tingkap

Harga plak GBP75..

Tapiiiiii bilik air kena kongsi

Bertabahlah….tapi nasib baik bilik air bersih dan bilik dekat dengan bilik air

Lagipun nak duduk semalam aje lagi dan hotel pon dekat dengan tube station

Rasanya tarap2 macam rumah tumpangan kat KL pon ade banding dengan harga bila convert

Bersih tapi biasa je takde yang buat ko rasa wahhhhh gitu

So gambar adalah yilek..

 

Madame Tussauds – amik kau lambaian ratu

DSC00970

Stesen paling dekat nak pegi Madame Tussauds adalah Baker street

Keluar dari stesen je belok kiri dah nampak kubah warna hijau

Dalam ni banyak laa patung lilin selebriti pujaan

Kalau dah namanya patung, memang keras kejung laa jawabnya

Tapi tu laa saja nak rasa pengalaman jumpa selebriti

Boleh laa feeling2 macam jumpe orang betul

Contohnya macam mamat ni

DSC01027

Biasalaaa..akak zaman Justin Timberlake, bukan Justin Bieber ye…

 

Sebelum masuk MT kemain berkobar-kobar nak posing berdarah kat Edward

Tapi MT pegi letak Edward sebelah Jacob

Kan aku dah keliru nak peluk siapa…

Eh takdelaa sebenarnya ramai gila beratur nak amik gambar dengan mamat dua orang tu

Ade special cameraman yang tolong amikkan gambar ko kat Edward and Jacob

Pastu bayar GBP10..

Takpelah aku lambai dari jauh sambil selit no tepon dalam kocek Edward

Ok ayat lepas sambil tu aku tipu jer…

 

Kebetulan pegi hari Sabtu, pelancong memang laa ramai

Macam2 gaya amik gambar ader..

Kreatif sungguh, nak tergelak pon ade bila tunggu turn nak amik gambar

Lepas tu kat dalam MT ni ade macam rumah hantu

Mula2 masa nak masuk tu cuak laa jugak..

Dah memang prepare nak jerit aje kalau seram

Kut melatah mencarut2 pon, hantu kenalah tadah telinga dengar aku mencarut

Tapi agaknya pengunjung dah ramai sangat

Hantu2 kat dalam tu dah jadik macam kelakar laa pulak

Sampaikan orang bergambar tepi hantu pon disangka hantu

Memang jadik bahan laa mamat2 hantu, pembunuh bersiri kat dalam tu

Takat dengar bunyik air menggelegak, pastu rendam patung dalam tu..elehhh

Hantu Kak Limah lagi seram kot..

Tapi part paling best bila tengok superhero 4D punya presentation

Memang kena sembur air, kena cucuk pinggang semua ada..

Serius real…

 

Mula-mula kan kononnya nak spend masa sejam dua je kat MT

Tapi sudahnya pukul 1 baru 12 baru keluar…dekat 3 jam jugak rupanya kat dalam tu

Terus berkejar ke British museum

Untuk apa..?

Ok sambung next ye…

Monday, March 5, 2012

London 1

Balik cuti Jumat lepas
Cume keluarkan baju kotor
Kemas ape yang patut
Esoknya terus masuk keje
Penat toksah cakap laaa

Ade lebih 500 keping gambar dalam 2 kamera
Semua nak kena edit and simpan elok-elok

Habis keje Rabu minggu sebelumnya tu
Buat final packing
Biasa laa aku kan, selagi tak bertolak selagi tu tak habis kemas
Bas amik pukul 10 malam pegi airport
Sengaja datang awal supaya tak terkejar-kejar
Faham je laa akibat faktor degeneratif
Tak larat nak berlari2 nak check-in
Tengok la beg besar mana..
Nak pegi nya 9 hari tp beg kalau tak gadang dan berat tak sah
Siap kena perli dengan Jimm lagi kata aku nak pegi travel sebulan..


Pegi dengan kapal cap kurma
Cap kurma punya servis jangan plak compare dengan cap wau
Cap kurma ni nak tengok diorang senyum kemain payah lagi
Tapi aku suka cap kurma punya cutleries
Selamat masuk dalam beg

FA cap kurma boleh tanya aku nak makan ayam ke daging
Bila aku mintak ayam
Tak tengok tak apa terus cakap ayam dah habis
Ko keje pakai otak ke baca skrip saje..
Lenkali kalau dah takde bagitau laa awal2 tinggal daging aje
Suka tau bagi harapan palsu..

Masa pegi tu, kakak2 harap duk berbungkus lagi
Walaupon jambul keluar separuh
Tapi elok ajer pilot bagitau dah nak landing
Aku tengok kakak2 harap dah tukar wajah dah
Dengan mekap tebal
Amik nak..
Culture shock sekejap..

Sampai kat Heatrow pukul 6 pagi waktu tempatan
Immigration clearance, claim bag
Sempat subuh kat baby changing room
Alas dengan selimut cap kurma
Terus amik tube nak pegi kat area Earls court

Yeaaaa dah sampai London
Ini betul punya British accent
Takde dah mat saleh speaking campo bahasa Arab
Tetiba kat hujung ade sah?
Atau shuwaya shuwaya kat sini
Aku plak yang tetiba cakap khalas kat abang jual tiket tube..
Eh!!!



Artis berposing depan hotel
Sebab ni blog aku maka wajib laa aku letak muka aku banyak2 kan..
Nak letak muka orang, aku tak mampu lagi bayar royalti

Aku stay kat Easyhotel
Easy tak easy jugak laa kan..
Kata 5 min dari stesen, tp dekat 10 min gak laa aku menapak + heret beg besar
Bilik memang laa cenonet
Alaa2 tune hotel..
Dah laa konsep kede, amik bilik takde tingkap murah sket
Kononnya hotel nak buat mandi ngn tido je kan..
Sekali kau, memang muat2 aje dalam tu
Toilet pon macam toilet katebang
Nak tengok tv, kena bayar remote GBP10 untuk 24 jam
Nak internet, kena purchase voucher GBP5 untuk 24 jam
Nasib baik aircond dengan air masuk sekali harga hotel
Kut die suh pilih nak kipas ke aircond, kat situ jugak aku tikam dada..
Dah laa aircon pon rasa tak rasa..
Jenuh duk komplen
Pakkal jer dah pre booked untuk 2 malam

Oleh sebab aku sampai awal pagi
Hotel check in plak pukul 3 petang
Nak check in awal boleh tapi kena tambah GBP15
Kalau kali dengan 5, lepas makan 3 hari
Maka, kami tinggalkan beg aje kat hotel
Dan bayar GBP2
Tinggal beg pon kena bayar tau
Pandai sungguh meniaga..
Mencik aii tau..

Dah settle semua,
Seterusnya haruslaa berkejar ke St Pancras dulu
Sebab nak beli tiket ke Amsterdam siap2
Tiket ke Amsterdam pukul 8.16 pagi adalah berharga GBP116
Sila telan air liur lepas tu
Padan muka sapa suruh takmo beli online..
Terus senyap tak kata apa..
Yang penting tiket ade kat tangan

Pastu baru berkejar ke rumah Wan a.k.a Buckingham Palace
Berkejar nak tengok changing of Guard pukul 11 am
Changing of Guard ni kena servey awal2 hari apa yang ada
Kalau tak, tengok pagar rumah Wan jer laa

Sebelum tu nak bagitau
Aku pegi berdua je dengan Kaline memang gembel
Takde travel agent
Cuma berdasarkan research (boleh dapat PhD lepas ni) kat internet, trip advisor, forum cari dan blogger punya experience jer
Dan berbekalkan tube map application kat aifon
Siap download, padahal map tu bersepah kat tube station
Kira aku konfiden jugak laa nak jalan, gembel turun naik tube kat London


Nak pegi rumah Wan
Dari St Pancrass amik tube turun dekat Green Park
Jalan kaki lalu kat Green Park
Sumpah Green Park ni cantik
Ranting kering pon cantik
Kalau kat KL, mampus aku kutuk DBKL tak buat keje
Matahari ade tapi angin die sejuk
Tapi mulut tak kua asap
Patutlaa balik Jeddah Arlene kata kulit aku dah tanned
Wakakakaaa...

Ai jakun okeh..
Maklumlaa festaim sampai London..
Londang pernah laa..
Semua tempat, celah nak amik gambar






Gigih tak gigh..
Kat Istana Negara pon aku tak pernah tengok changing of guard
Sangat laa pelancong nya
Orang ramai plak tu..
Aku dengar askar bagi command jerit2
Bunyi kaki berderap-derap
Abang kuda lalu..
Pancaragam lalu..
Dah macam perarakan hari kebangsaan plak..

Dah tengok abang guard berbadan sasa berbaris
Kitorang jalan kaki pegi Westminster pulak
Lalu dekat St James Garden
Tengok Westminster Abbey dari luar je amik gambar
Malas nak bayar tiket mahal masuk
Kaline siap tanya, nak sembahyang sunat kat dalam ke..eh!!

Maka aktivitinya adalah berjalan kaki dan bergambar sahaja
Big Ben, London Eye dari jauh, Trafalgar Square
Amik feeling cerita cinta antara benua ~ matiks T_T
Tak memasal jumpe restoren Malaysia Jom Makan dekat2 dengan Trafalgar Sq
Kite makan dulu..


Dan nasik goreng kampung die sangat best
Siap ade kicap kebangsaan lagi atas meja

Dah sampai London pon, nasik goreng kampung tetap di hati

Along the way tu tengok bangunan semua cantik2
Mana laa memory card 2GB jer dah penuh kat London
Dasar jakun semua nak amik gambar...

Jalan punya jalan lagi tetiba dah sampai Piccadilly Circus
Tapi masa tu badan pon dah letih
Memandangkan malam tadi tido dalam flight
Ape sangat laa bestnya tido dalam flight kan
Lain laa ko duduk seat First Class
Jadi aktiviti seterusnya adalah balik ke hotel

Lupa nak bagitau
Masa kat London aku amik day travel ticket
Dengan day travel tix (GBP 7) ni boleh naik mana2 tube, bas dengan harga flat rate sampai tengah malam
Tapi dengan syarat kena beli lepas pukul 9 pagi..
So rasanya tang ni yang aku jimat banyak

Sampai hotel, mandi manda
Dengan tak dinner terus tido berjemaah
Sedar2 pukul 4 pagi sebab lapar..
Next entri kite citer day 2 plak ye
Bertabahlaa korang baca
Aku memang nak citer pasal Europe je 2-3 hari ni..