Showing posts with label haji. Show all posts
Showing posts with label haji. Show all posts

Thursday, October 25, 2012

Setahun berlalu

IMG_0607

DSC00768 

10 Zulhijjah

Bukak tv..Masyaallah..

Ramai sungguh umat tengah wukuf kat Arafah

Rasa macam baru lagi pakai persalinan kuning sama2 dengan Islamic Centre buat haji

 

Nasib baik raya jatuh pada hujung minggu

Kalau tak sentap jugak pagi raya kena pegi keje

Iye tahun ni tuan belog bekerja di hari raya

 

So, aktiviti hari ini

Bantat tapi merekah

Walaubagaimanapon…kata mereka ianya sedap

Amik hati kah…

Photo: Marble cheese brownie..tak bantat tapi merekah..tunjuk ajar ku sifu

Setelah keratan rentas dilakukan

Photo: Crossed section..baru kua dari fridge..

 

Salam Aidil Adha

Dengan ucapan….

Sob…sob..sob…

Monday, November 21, 2011

Jumpa si dia di Haram

Siapa kah si dia itu..

Sang terjodoh ke..?

Wahhh ko bajet macam Hanis Zalikha yang comel ye..

Ingat orang kesah nak tau saper boipren ko..

 

Satu kelebihan bila dah duduk sini

Takde laa terasa homesick nye sangat..

Sebab, walaupon jauh, mak ayah, sanak sedara,

Kawan-kawan..

Masih senang nak jumpa kalau ade rezeki/ jodoh/ berkesempatan..

Dah macam duta Malaysia laa kat sini..

Pantang dapat tau sedara atau kawan nak datang..

Sibuk kirim barang makan nak jumpe…

 

Bila nampak orang pakai telekung putih

Kat belakang ade tulis Malizia..

Seronok rasa..jumpe orang kampung..

Tetiba bleh cakap, dengar bahasa sendiri…

 

Since jemaah haji Malaysia masih ramai lagi yang belum balik

Baru ni janji laa dengan si dia nak jumpe..

Si dia tu Kak Men..

Bahan bukti wajib amik..

 

Kak Men kata dah bosan makan makanan Malaysia..

So kite layan nasik arab kat syurga..

Restoren Paradise, kat belakang restoren Felda

Aku rasa satu hari aku nak belogkan jugak laa restoren Felda ni

 

Berkesempatan jugak melawat ke Janadariya

Salah satu penginapan jemaah Malaysia

Sekali nak masukkan duit sebab ade kaunter Tabung Haji kat sana

Pegi dengan cab sekali bila nak patah balik ke masjid

Tanya arah jalan kat satu mamat Arab

Die kata dekat ajer…

Sekali ko menapak..ade laa dalam 15 min

 

Dengan kederat muda aku nie..

Alahai…termengah2 nak sampai

Terus terbayang kesiannya orang2 tua yang duduk jauh ni

Bukan setakat jauh, habuk lagi..

Nasib baik sekarang tengah musim sejuk..

Bayangkan kalau tengah peak summer macam Ramadhan hari tu

Boleh rasa peluh meleleh kat belakang..

Tuesday, November 15, 2011

Eid Adha, Hari Tasyrik dan Nafar Awal

Balik khemah kat Mina masa tu dah dekat2 3 pagi..

Since dah tahallul awal, so beberapa larangan umrah dah habis

Dah boleh syampu rambut dengan sewenang2nya

Dah boleh mandi pakai sabun wangi2..

 

Kalau sebelum ni, nak pegang sabun pon takut

Hatta nak gosok gigi pon agak2

Sebab semasa dalam ihram, haram memakai sebarang wangian

Bayangkan kecantikan semula jadi yang terserlah..

Muka tanpa sebarang bedak

Badan tanpa sebarang perfume…

 

Terus ganti tidur setelah satu hari yang panjang

Esok raya Qurban..

Kira esok lagi ke tu..

 

Hari raya Qurban tu adalah sederhana

Tapi meriah dengan sesama jemaah

Tanpa hidangan rendang raya..

Masing2 nak berehat, sambil berzikir, mengaji..

Ape yang patut lah..

Memang hari tu hari berehat sedunia..

 

Masa ni baru laa sempat nak berkenal2 dengan jemaah lain..

Ade dari India, Filipina, western country pon ade..

Saudara baru..

Kagum aku dengan saudara2 baru yang boleh baca Quran dengan baiknya, siap dengan tajwid bagai..

 

Masa ni baru perasan dalam grup kitorang ni

Ade 2 3 pasangan suami isteri dari Malaysia

Since kite dengar perbualan diorang, cuba laa senyum

Tapi die boleh buat tak tau aje..

Maafkan je laaa…

 

Esoknya, 11 Zulhijjah baru kitorang bergerak ke Jamaraat lagi

untuk melontar di tiga2 jamrah dengan 21 biji batu

Masa ni, budak2 lelaki dah tolong kitorang kutipkan batu

Tapi faham je laa rupa batu yang diorang kutip

Leper, senget, tak memenuhi spec langsung

 

Since kitorang melontar sebelah petang, kuranglaa panasnya

Orang pon tak berapa ramai..

So banyak laa batu2 yang bersepah kat atas lantai

Sempat laa tukarkan batu2 yang tak memenuhi stendet tu

Alhamdulillah melontar hari kedua ni pon agak selesa..

 

Memang sakit mata tengok Jamarah masa ni..

Dengan kotor, sampah bersepah2..

Even dekat Mina pon, sampah ya Allah

Tak padan nabi kata kebersihan melambangkan keimanan

Bukan tahap bersepah, dah membukit..

Sisa makanan orang buang merata2..

Mau makan bulan nak bersihkan tempat ni..

Tapi apa boleh buat..tu lah Mina

Dalam setahun, 3 hari jer die penuh sesak dengan manusia

Hari biasa, lengang selengang lengangnya..

 

12 Zulhijjah..

Hari ni yang paling mencabar..

Keluar dari Mina ke Jamaarat untuk melontar hari ketiga

Again, aku tak habis2 ngan masalah batu tak cukup..

Batu tak memenuhi spec..

Tapi Allah maha kaya..

Selak bawah karpet, ade aje batu yang sesuai untuk melontar..

 

Kitorang punya turn untuk naik train adalah pukul 10 pagi..

Tengah panas buta, beratur..

Belum masuk dalam kawasan stesen lagi

Tetiba kumpulan Pakistani datang, pakai main rempuh aje pintu pagar stesen

Naik histeria jugak laa orang..

Asal die bukak gate berpusu2 orang terjah..

Masa tu dengan panasnya, sesak..

Sampai dah ade jemaah yang muntah2, pening..

At last, ketua kumpulan kitorang decide suh balik khemah balik

Bagi keadaan reda, then baru ke Jamaraat balik..

 

Rupanya, disebalik kejadian itu ada hikmahnya

Balik khemah, boleh laa berehat dulu simpan tenaga, tidur..

Tidur aje keje ko erk..

Sebab bila kitorang nak bergerak ke Jamaraat petangnya

Keadaan adalah agak kurang sibuk jika dibanding petang tadi

Takde berasak2 nak naik train, berempuh2..

Smooth aje..

 

Even masa melontar pon orang dah tak crowded sangat

Masa tu kebanyakan jemaah dah pegi ke Mekah untuk nafar awal

Tapi dalam pada orang tak ramai tu

Merasa jugak laa batu melanting kena kat spek..

Tanjat boboi masa tu tauuuu…

 

Alhamdulillah..

Selesai melontar ketiga2 jamrah pada hari ketiga

Balik lagi ke Mina untuk cepat2 ke Mekah

Sebab nak kejarkan nafar awal

Kena tinggalkan Mina sebelum maghrib

Kalau tak, kena stay lagi semalam dan melontar lagi keesokkan harinya untuk nafar thani

 

Nasib baik naik train..Jimat masa

Ingat lagi tak tiket yang aku tunjuk dulu tu..

Kat tiket tu siap ada bar code lagi untuk scan

Tapi peliknya, bila nak naik train pekerja die tak check pon

Die suh tunjuk jer..

Kitorang pon tunjuk laa gelang biru tu sambil menggoyang2kan tangan di udara ;p

 

Masa nak tinggalkan Mina tu pon saspen jugak..

Memang almost dah nak maghrib lah baru bergerak tapi nasib baik sempat..

Jalan usah cakap laa..

Padahal jarak Mina dengan Mekah tu takde laa jauh sangat

Tapi sebab jem, dekat 3 jam baru sampai

Dengar kata ade yang jalan kaki je dari Mina ke Mekah..

Bas pulak berhenti takat Kudayl jer

Pastu kena naik bas lain untuk masuk Mekah..

Letih jugak laa kaki nak menapak menyampaikan ke MasjidilHaram

Kagum pada mereka yang jalan kaki dari Mina tu..

 

Maka bermula laa part yang paling mencabar

Nak buat tawaf ifadhah terus buat saie..

Tapi berjaya jugak selesaikan rukun tersebut

Kitorang naik tawaf dekat tingkat 3.. Itu je yang boleh masuk

Satu pusingan mengambil masa lebih kurang 45 min

7 pusingan…? Cuba korang kira..

Manusia jangan cakap laa..berhimpit berasak asalkan boleh

Aku rasa aku seret kaki masa tawaf tu..

Tapi aku ngelat..

Masuk pusingan ketiga aku cilok turun dataran kat bawah..

Start tawaf pukul 8.30 malam, pukul 1 pagi baru habis saie..

Tapi oleh sebab tempat saie ada 3 atau 4 tingkat so kuranglaa crowdednya..

Takde laa berhimpit2 macam tawaf..

 

Tunggu orang lain habis tawaf, saie

Pukul 3 pagi gerak balik ke Jeddah..

Masa tu sedih sangat…

Rasa macam cepatnya masa berlalu..

Eh dah lima hari ye…

Hurmmmm….entri aku pon sama panjang…

pizap.com13213745640542

Dua gambar atas adalah duta Zain semasa di Jamaraat

Dan dua di bawah adalah dengan jemaah lain semasa di Mina

Tudung aku tetap nak mendiva kan..

Dengan persalinan diraja…

 

Memang aku tak amik banyak gambar

Sebab kebanyakan gambar adalah amik curi2

Diorang memang strict bab2 amik gambar ni

Askar die nampak je bila aku kuakan kamera,,

Cepat2 tunjuk jari…

Aku pelik camner orang boleh amik gambar cantik2..

 

Dengan ini, tamatlah pengembaraan menjadi tetamu Allah aku

Aku nak share pengalaman aku first time buat haji..

Mungkin setengah orang akan ingat aku main2

Tapi hanya Allah yang tahu keikhlasan masing2..

Dan bersyukur sangat2 sebab Allah permudahkan semua urusan aku semasa menunaikan fardu haji

Bukan apa, bila dengar cerita orang tentang dugaan haji

Seriau jugak laa kan..

Semoga mendapat haji mabrur…

 

Next time, kalau aku rajin aku nak share tips kalau nak pegi haji..

Insyaallah..

Mana tau tahun depan giliran korang plak..

Sunday, November 13, 2011

Hajj 1432 – Wukuf di Arafah

Lama jugak aku terpause berblogging

Hari tu masa last updet adalah hari tiba di Mina

Hari pertama perjalanan haji aku

Pastu line internet tak berapa elok..

Mana lagi dengan tido tak berapa nak cukup

Perut kenyang memanjang…

Balik plak selsema…

Terus masuk keje..

Seminggu tak masuk ofis macam2 jadik..

 

Tapi tu laa sebelum tu aku nak pesan

Ini adalah secuit catatan dari pengalaman aku

Mungkin lain orang lain pengalamannya

Kalau korang nak belajar pasal haji, rukun haji..

Pegi laa blog lain…

Takde ilmiahnye pon blog aku ni..

Poyo jer yang lebih..

 

Takde niat langsung nak menunjuk2

Nak membangga2, nak meriak..

Kang ade plak yang kata aku pegi haji

Buat haji main2…

Pastu letak kat blog show off sana sini..

#Sentaphatimak tau..

 

Dari Jeddah kitorang terus bergerak ke Mina

Ikut sunnah nabi..

Ape ingat kawin 4 je ke ikut sunnah nabi..

Tapi kalau ikut Nabi masa nak buat haji,

Mula2 die pegi mekah dulu buat tawaf Qudum pastu baru pegi Mina

Dari Mina esok harinya 9 Zulhijjah baru ke Arafah

Tapi memandangkan kalau nak buat tawaf Qudum orang dah ramai kat Mekah

So kitorang terus ke Mina dalam keadaan berihram

 

Bila dalam ihram, banyak laa larangan ihram yang kena ikut

Salah satunya, tak boleh meminang atau berkahwin..

Cheh…dan2 itu ko rasa cam nak kawin sangat erk..

Pastu xle cabut sebarang bulu/ rambut

Dengan cuaca panas melekit duduk kat khemah kat Mina tu laa

Kepala gatal, rasa nak menggaru/ mencabut rambut jer..

Dugaan betul..

Tapi masa tu tak berani nak komplen….diam ajerrrr..

Masa tu jugak laa ko nampak anak lipas mencecet lalu kat beg

Selalu memang tak kasik can…

Pakkal je aku berihram masa tu, kalau tak lumat ko kene lenyek

 

So malam pertama kat Mina tu cuma jaga ihram

Sambil berehat2 membuta simpan tenaga untuk esok hari

Since aku pegi ngan Islamic Foundation Centre

Alhamdulillah, dari makan, tandas, penginapan memang aku kasik markah penuh

Nasik, nasik dier laa kan ngan tulang lembu besar penumbuk

Air, aiskrim semua mencukupi…

Tandas plak, memang tak share dengan jemaah luar..

Cleaner pon rajin bersihkan toilet..

Ye laa nak sambut tetamu Allah katakan..

Sikit2 kurang tu aku boleh pejam mata lagi..

Cobaan….

So sesape yang duduk kat Jeddah nak buat haji..

Memang aku recommend untuk ikut IFC nie..

 

9 Zulhijjah..

Ok ini adalah hari kemuncak haji..

Tenaga banyak nak pakai untuk bergerak dari Mina ke Arafah

Alhamdulillah merasa naik train yang macam LRT tu..

Selesa yang amat..

Cuma nak beratur naik train tu agak mencabar iman jugaklaa..

Jenis yang tak sabar, train bukak pintu je nak serbu..

Padahal sah2 kat dalam tu ade tempat..

Kadang, bertolak2, berempuh2 tu yang buat cedera..

IMG_0611

Tiket train…

Valid untuk 7 hari naik laa banyak mana ko suka

Cuma train LRT die ni bukan macam LRT kite yang pegi balik2 tak berhenti

Train ni ade masa2 die nak jalan..

Boleh plak macam tu erk..

Agak mood die nak jalan, die jalan..

Kalau tak tunggu laa mood die nak gerak balik

Boleh plak macam tu erk..

DSC00761

Semasa menunggu giliran nak naik train..

Sebenarnya, aku nak snap gambar payung Zain yang banyak2 kat tangga tu..

Cantik laa plak..

Tapi kalau tak nampak tu, buat2 nampak laa ye

 

Masa ni punye belengas, melekit usah cakap laa kan

Bila dah panas, cepat ajer rasa nak naik angin..

Tapi, sabarrrrrr….

IMG_0617

Peta laluan…

Dari Mina 1 nak ke Arafat 1 untuk wukuf

IMG_0612

Stesen Arafat 1

Masa ni amik gambar memang curik2..

Susah sangat nak amik gambar kat sini..

 

Dari Arafat 1, jalan kaki ke khemah..

Rupanya, khemah dekat dengan stesen Arafat 2..

Masa tu memang aku jalan menonong jer..

Bayangkan jalan kaki pukul 1100 pagi kat Arafah

Ade daun pokok merentang pon tunduk

Tak berani nak redah..

Yang aku tau jauh, sampai kat khemah kat Arafah

Aku teguk air mineral 2 botol..

 

Nasib baik khemah kat Arafah pon selesa

Toilet tak campur dengan jemaah luar

Selesa laa nak berwukuf, mohon taubat ngan Allah

 

Lunch pula dengan ini..

DSC00763

Serve dekat2 pukul 4 petang..

Lunch orang Arab katakan…

Ade gak laa rasa nak menggelupur tapi berbaloi

Bayangkan satu tray makan 3 orang..

Kambing plak tu…

Mengantuk aje sambil wukuf lepas tu..

DSC00765

Dalam khemah di Arafah..

Kipas takle tinggal…

Cantik tak persalinan diraja aiiii…

 

Kaler baju tak menahan…

Kalau boleh kata tak, memang takkan laa aku nak pakai kaler sami tu..

Tu pon kena marah dulu baru pakai..

Beg IFC bagi pon aku tak pakai..

Sempat lagi berlagak diva tak faham bahse…

 

Ok kite citer wukuf dulu..

Esok aku janji sambung cerita bergerak dari Arafah ke Muzalifah ye..

Thursday, November 3, 2011

Hajj 1432


Pelik ye apsal aku macam kena sawan updet blog hari ni..


Updet blog banyak banyak

Sebab aku tak nak terhutang updet apa2

Mesti...kalau tak, tak tenang nak beribadah kang


Alhamdulillah aku tak penah menyangka

Akan menerima jemputan menjadi tetamuNya pada usia ini

Insyaaallah, fizikal masih kuat

Mental dan spiritual juga

Walaupon dalam debar

Semoga semuanya dipermudahkan


Kawan aku kata

Tinggalkan tablet, disable 3G

Tinggalkan dunia..

Kosongkan fikiran..

Konsentret dengan ibadah..

Tau aje penyakit aku suka updet status poyo kat fb


Tapi jauh disudut hati

Selain dari diberi kelapangan untuk beribadah

Menyesali dosa2 silam..

Aku berharap aku punya sedikit waktu

Untuk mencatat sebahagian dari cerita itu di sini..



Insyaallah korang semua...

Kawan2..sedara sesama Islam..

Muslimin muslimat..

Ada dalam doaku..

Semoga kamu, kamu dan kamu

Diberi kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat..


Dan semoga kami semua..

Jemaah haji tahun ini..

Mendapat haji yang mabrur....

Packing barang dari petang tadi..

Sekarang baru siap...

See..kan aku dah kata, aku takleh jadik backpackers

Travel lima hari pon beg banyak nie...

Published with Blogger-droid v2.0