Showing posts with label paris. Show all posts
Showing posts with label paris. Show all posts

Wednesday, November 28, 2012

After the long hiatus

Gile payah nak seru balik roh nak blogging

Salah kan aje kebizian pada kerja

Padahal tak jugak

Yang pasti adalah malas..

 

Padahal sibuk mengadap drama

Sekarang ni aii dah beralih kepada abang siam okeh

Dah tak layan oppa Gangnam style…

Abang siam pulak di hati

 

Cabaran tengok citer siam ni lagi dahsyat

At least kalau cerita korea tu, carik laa celah mana mesti jumpa punya yang ade subtitle

Tengok citer siam, nak carik yang ade subtitle giler payah

Tapi ape ade hal

Kalau dah namanya cerita best

Takde subtitle pon aku boleh belasah berjuraian air mata

Bajet paham die cakap ape sambil baca komen kat bawah yang telah ditranslate oleh cik gugel

Tak semua orang mampu…

Agagagaaaaa

Tu jugak laa penyebab aku dah malas nak keluar rumah sekarang

 

Kat luar sana sejuk aje

Pepagi pegi keje rasa macam kat obesea

Angin sejuk2 kena kat muka..

 

Lepas tu kan hari tu aku tengok ade satu citer Siam tu kan

Tajuk apple of my eye ke haper

Diorang shooting kat Paris

Terus rasa macam nak merepeat Paris

Padahal hari tu dah bertekad dah takmo g Paris lagi

DSC01359

Travel partner aka pasangan hidup sila menjelma

Berhenti main sorok2 dengan ana..

 

Next vacation dah plan..

Lokasi masih rahsia…

Puiiiii main resia2 pulak ye

Padahal die jugak yang memula kecoh kat sini..

 

K lah…

Sebelum menjadi entri panjang…

Friday, March 30, 2012

Paris – Diari seorang fashionista

Tajuk memang mengundang kata nista betol laaa..

Tak nak kalah….!!!

 

Dah puas berangan-angan kaya kat Eiffel

Hop on lagi bas untuk teruskan sesi jalan-jalan

Kira semalam tu survey tempat aje

 

Nak feeling jadik Prof Langdon

DSC01569

Louvre museum..salah satu bahan pameran kat sini adalah potret Monalisa

Aku buta seni.. tak reti nak interpret..

 

Katanya kalau satu pameran amik masa 3 minit untuk diamati

Ianya akan mengambil masa 4 bulan untuk khatam semua..

Ko mampu..?

Aku? Takpelah…sabit aje melancong datang sekali seumur hidup

Melainkan dah takde tempat lain nak pegi, baru aku masuk kot

 

Bapak piramid a.k.a entrance

Nampak tak manusia beratur nak masuk tu..

Tu baru separuh tu…

DSC01579

 

Lagi satu aku tak faham seni orang Paris ni

Hiasan kat tetiap bangunan mesti ade muka orang

Muka macam Pluto, Socrates tu laa

Uniknya, tetiap muka tu nampak aje sama tapi kalau perati betul2 tetiap muka tu ekspressi nya lelain

Ade yang hepi, sedih, terkejut..Aku tengok pon naik seram..

 

Banyaknya plan kat Paris aku ni free and easy saje

Lagipon dah set dalam kepala otak memang nak sopim kat Paris

Lalu haruslah menerjah ke Galeria LaFayette lepas tu…

 

Kalau nak pegi LaFayette ni eloknya bawak duit banyak..

Seronok giler tengok designer’s item..

Nak masuk LV takde nak terjah2 ye..

Nak masuk kena beratur panjang

Nanti SA akan datang entertain kite

Ramai sungguh peminat LV ni..

 

Dari Lafaytette, pindah ke sebelah pulak untuk ke Printemps

Personally, aku rasa harga kat LaFayette lagi murah dari Printemps

Tapi kat Printemps lagi banyak choice dan service kat Printemps lagi bagus pada LaFayette

Dan kitorang terus dapat claim duit kat masa shopping kat Printemps

Sementara tunggu diorang buat bil, staff printemps siap offer minum2 jus bagai

Aku pon keluarkan laa Laduree macaroon aku..

Memandangkan masatu dah dekat pukul 3 dengan tak lunchnya lagi

Tapi shopping punya pasal, makan pon lupa..

Patut laa macam xde mood jer nak pilih barang..

 

Tapi dalam pada takde mood tu kan…

Nah hasil sopiman…

 

Tangan dah berjimbit2 dengan shopping bag

Lunch kena nasik jugak ni

Jalan sikit kat belakang LaFayette kitorang jumpa restoren kebab..

Masa ni jangan kata orang, bateri kamera pon dah kong

So takde gambo kebab rice..

 

Kasut tak masuk lagi tu…

Takpe esok masih ada…

Isi kat dalam?

Intai dulu antara nampak

Sok ade masa tuan tanah buat spesel entri..

Thursday, March 29, 2012

Paris Day 2 Eiffel Tower

Dimulakan dengan aktiviti mengisi perut

Mencari French breakfast di Parisien Cafe

Jalan depan sikit dari St Quentin, hotel tempat kitorang duduk

Nak amik bas HOHO pon sedang sebab awal pagi die akan lalu depan Gare Du Nord

 

Terus menuju ke Eiffel tower

Konon pegi pagi orang tak ramai

Sekali…

Elok je dalam lima minit kitorang beratur orang makin lama makin ramai beratur sama

Tu baru beratur nak beli tiket, belum beratur tunggu lif nak naik

Kalau tak nak ramai boleh naik tangga tapi tak jamin laa semput ke tak..

So beli tiket EUR8.30, malangnya hari biasa top deck tutup..kuciwaaa

Kalau nak naik tangga EUR4+ rasanya

 

Nah, layanlah gambar

Tak berapa crowded lagi ni

DSC01469

Tengok orang beratur kat bawah tu..

Hiiii..naseb baik ku dah sampai atas..

DSC01536

 

Dari bawah Eiffel

DSC01474

 

Tiket Eiffel, garis kat atas kiri dan kanan tu tempat koyak

Lepas satu deck die akan koyak tiket tu..

DSC01478

Pemandangan Seine River dari second deck..

Berjerebu pulak masa ni

DSC01496

Trocadero dari Eiffel

DSC01505

Turun berani laa nak naik tangga…

DSC01515

 

Actually banyak giler gambar kat Eiffel ni

Pemandangan memang cantik..

Korang kalau ade rezeki, memang kena datang

Aku pon memula skeptikal jugak

Ape yang seronok sangat nak beratur panjang2 semata-mata nak panjat besi buruk ni

Tapi bila dah sampai atas, tengok view cantik..terus terdiam..

 

Kat atas tu ade kafe, kedai souvenir pon ade

Tapi aku tak beli pon..

 

Nah..percubaan mengangkat Eiffel dengan dua jari

DSC01541

DSC01545

DSC01546

Checked….

 

Perjalanan diteruskan lagi….

Tuesday, March 27, 2012

Paris Day 1

Hari pertama di Paris, hari ke 6 percutian..

Kejap aje rasa..

 

Pagi pukul 08.13pagi gerak dari Amsterdam

Kalau ingatkan balik mcm tak percaya aje berjaya lakukan

Bangun awal, seret beg lagi sekali..

Dah laa masa berlepas pon pelik..

Dah tu reti pulak punctual..

Tau takut kena tinggal train

 

Perjalanan makan masa lebih kurang 3jam lebih naik Thalys

Bezanya kali ni direct ke Paris, takde transit mana2

Train tu ade jugak laa berhenti kat Schipol, Rotterdam

Tapi aku mamai2 ayam..

Pulak duduk berdepan dengan abang MatSaleh muka macam Mulder FBI..ngeeeee…

 

Paris Gare Du Nord

DSC03590

 

Seriously, aku takde laa study sungguh2 pasal Paris

Memandangkan masa tu tenaga pon dah makin kurang

Pulak lagi subway punya map kat Paris ni berselirat dengan nama susah aku nak sebut

Lagi aku xde mood

Memang tawakal je laa..

 

Sampai dah dekat2 pukul 12

Mencangak2 lagi nak carik tempat keluar

Mana nak beli tiket train lagi

Sambil2 tu kena berhati2 dengan barang sendiri

Aku baca kat tripadvisor, Paris ni pickpocket nyer profesional

Jangan nak layan kalau ade orang approach whether you can speak English or not..

Tak tenteram aje masa ni

 

Keluar dari GDN, sambil melilau2 carik hotel

Jalan punya jalan jangan lupa sambil heret beg besar dan berat

Survey 2 3 hotel sebelum tu

Last2 kitorang decide nak stay kat sini..

Ade laa dalam 50m dari stesen GDN

DSC01673

Reception die si Alex peramah sangat masa tu

Semalam kitorang dapat EUR65 without breakfast

Bilik biasa jer

Tapi selesa, ade toilet bersih

Aku memang tak cerewet bab2 ni

Janji ade toilet bersih, tempat tido..setel

 

Check in patutnya pukul 3 tapi since bilik dah ready kitorang boleh jer nak check in awal

Tak bayar ape pon

 

Letak beg, empty ape yg patut, terus jalan…

Kitorang beli tiket bas HOHO kat hotel dengan harga EUR26 untuk dua hari

Bayar EUR4 kat hotel, baki bayar kat driver

Tapi since masa tu dah tengahari, kitorang kena amik bas dekat Opera

Alex kata menapak dari hotel ke Opera dalam 15 minit

Aku rasa 15 minit tu tapak die..

Aku punya tapak makan 30 minit jugak along the Rue LaFayette

+ pakej berhenti makan mekdi, amik gambar sepanjang jalan

 

Jangan risau, jalan kaki kat Paris seronok sangat

Bangunan cantik2

Pelik betul macamana bangunan boleh ukir2 jadi cantik macam tu

Kalau kat KL, ko kasik aku menapak memang lencun ketiak

Badan pon bau asap aje lepas tu

DSC03595

DSC01294

Opera

DSC01299

Masa ni dah ade kat atas bas

Termengah-mengah kejar bas merah ni

Padahal bas ni sah-sah akan tunggu pelancong

 

Kira berbaloi jugak laa naik HOHO bas ni

Dalam banyak2 tourist bus, HOHO ni laa yang paling murah

Lagipun boleh turun naik sesuka hati dalam tempoh 24 jam

Siap ade audio guide lagi pada tempat2 yang die lalu tu

Aku tak konsentret sangat pon dengan explanation die tu

Bizi amik gambar kekdahnya…

 

Dari Opera, lalu kat memaner ntah..

Kitorang tak turun pon

Champ Elysees pastu Arc di Triomphe

Pon tak lalu bawah terowong tu

 

Chaitttt…tudung aku dah macam orang Cambodia jual telekung dahDSC01314

Amik gambar dari jauh je sebab target nak pegi Eiffle..

Kalau tak ramai, q tak panjang boleh terus panjat

So kitorang turun kat Trocadero..

View dari sini memang superb

Kengkonon nak feeling Ariana Mikhail…

Bertabahlah korang yang menonton..

DSC01347

DSC01352

View dari Trocadero..

 

Jalan kaki ke bawah

Tengok q tu sebenarnya takde laa panjang sangat

Tapi memandangkan dah lewat, elok laa ditahankan nafsu tu ke esok hari saje

Terus pegi tengok dan beli tiker cruise kat bawah Eiffle tu

Harga EUR14 rasanya tapi cruise ni jalan terus tak HOHO

Dan seperti yang dijangka, dengan muka kebas

Paris memang cantik dilihat dari Sungai Seine nya..

DSC01403

Muka kebas sambil nyanyi lagu terukir di bintang..mueheheheeee

DSC01387

Mamat pakai beret tu sesuatu tau..

DSC01400

Tetiap jambatan tu kan design die lain2

Aku pon tak faham, asal patung jer mesti bogel

Yang jantan nampak eggy, yang kakak lak nampak bobby

Tang mana seni nye aku pon x faham..

Ralit tengok bangunan sampai tak perasan dah satu jam duk dalam cruise

Terus naik bas teruskan perjalanan

 

Kubur Napoleon Bonaparte

Kubah salut dengan emas 50kg..ko mampu?

Katanya Bonaparte ni tentera yang diangkat menjadi Raja

Wahhhh tetiba rasa cam good2 jerboleh hafal sejarah

DSC01415

Ni plak kat Notre Dame

Tak masuk jugak..

DSC01437

Deretan kedai souvenir kat Notre Dame

Aku rasa agak murah jugak kat sini

DSC01444

 

Hari pon dah makin gelap

Terus balik turun kat Opera dan menapak lagi balik hotel

 

On the way jumpe restaurant Turki jual kebab

Komfem order nasik..

Tak tau laa sebab sedap atau lapar

Daging hiris halus2, pastu garing..

Sekarang rasa teringin lagi nak makan..

Takde gambar sebab lapar #ayatstendet

 

Maka dengan itu..

Tamatlah pengembaraan hari pertama di Paris…