Sunday, January 13, 2013

Madinah

I am not a beach person

Wa tak heran bhai

Tapi lu ajak wa pegi tempat sejuk, wa suka..

Haihhh tajuk kemain muslimah sekali bahasa rempit giler…

 

Bila tengok suhu Madinah kat accuweather 11 degree

Hahhh ape lagi…jom Madinah

Rasanya last pegi hari tu adalah sebelum puasa

 

Disclaimer:

Yang ni kena cakap sensiang

Kang orang kata berlagak/ meriak pulak

Since jarak jalan darat dalam lebih kurang 5 jam sahaja

Adalah rasa berdosa/ kerinduan kalau lama tak pegi

 

Tapi masalahnya bas SAPTCO yang selalu kitorang naik tuh dah kena terminate

Sejarah lama di sini

Owhhh tiada lagi merasa teh susu abang Indon yang sedap

Terserlah kedesaan minum teh susu sambil cicah biskut

Lalu Ecah telah memberi cadangan yang sungguh bernas..

Kapal terbang…tinkkkkk

 

Tak pikir panjang terus beli

Kira dah habis bijak laa ni..

Berjaya membuat keputusan dalam masa yang singkat

 

Sekali baru teringat, selang seminggu nak g jalan lagi

Lepas tu selang lagi seminggu dah nak balik cuti pulak..

Barang orang kirim pon tak beli lagi..

Dangggggg…terus nampak bintang..

 

Ade lagi satu confession to make

Ni laa baru nak merasa naik domestik flight cap kurma

Macam kelakar pon iye

Tetiba je depa tangan depan sekuriti lelaki

Dan mamat tu plak macam…eh ko kenapa pompuan…

Terus mencecet lari kena halau masuk bilik tido pemeriksaan…

 

Pemandangan dari udara

Sebenarnya berwarna hitam..cantik

Katanya kawasan gunung berapi

Terasa bimbo di situ sebab ilmu geografi tak mencukupi

20130104_114117

Ada FA pakai Pandora charm Eiffel tower

Yang pasti bukan MakPiah

 

Terus menuju ke destinasi

Hotel harus lah yang beberapa langkah jer dari pintu masjid -Fayroos Al Shataa

Giler berkira langkah nak g masjid tu

 

One of the menara

20130103_082353

Tak kira laa berapa kali datang

Tempat ni memang tak jemu nak pandang

20130103_171432

Budak ponteng prep ni haruslaa ada jugak kan..

Konon2 kebal padahal menggigil..

Lepas tu idung asyik laa rasa kering

Produksi pon berkurangan…

Hahahahaaaa…keji

 

Antara aktiviti sampingan adalah soping

Tak heran dah kalau pegi satu beg, balik dua beg

Lepas tu sakit kepala sambil mengenang nasib diri…

Sobbbbb…

 

Syukur semua nya berjalan seperti yang dirancang

Terima kasih Allah kerana mempermudahkan urusan kami

2 comments:

  1. wahh, wak kok tetibe rindu kat madinah jugakkk.., uuHUuu

    ReplyDelete
  2. salam..
    kesana 10 tahun yg lalu..teringin nak pegi lagi tp entah bila

    ReplyDelete